Isteri kepada pelakon Putra Amaris, Syazwani Alias mendedahkan dia dan suami tidak pernah kenal antara satu sama lain sehingga di hari pertunangan mereka.

Syazwani yang meraikan ulang tahun hari pertunangannya semalam mengimbau bagaimana dia dan suami berkenalan.

“Masa ni malu sangat dengan tunang atau suami saya sekarang. Maklumlah, kami tak pernah kenal sebelum bertunang.

“Jumpa ada dalam tiga kali sahaja sebelum tunang , itu pun bersama dengan keluarga.

“Tak pernah bergayut (berbual lama) kat telefon , tak pernah cakap love bagai,” katanya

Cerita itu dikongsinya menerusi IG (Instagram) Story semalam.

Syazwani turut bersyukur Amaris sentiasa menjaga batas dalam tempoh pertunangan mereka sealam setahun empat bulan itu.

“Suami saya sentiasa menjaga batas selama setahun empat bulan pertunangan kami.

“Indahnya cinta yang menjaga syariat. Allah hadiahkan manis itu setelah bernikah,” luahnya lagi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 5 Januari lalu di kediaman keluarga wanita itu di Batu Pahat, Johor.

Foto: IG Syazwani Ilias
Teks oleh: Syafiqah Jalal