Pelakon Raf Yaakob berkongsi perasaanya apabila mendapat tahu wujudnya degupan jantung di dalam perut isterinya, Mawar Rashid.

Raf Yaakob berkata dia sangat teruja hingga tidak dapat menggambarkan perasaannya.

“Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui betapa indahnya perasaan kami apabila mendapat tahu sudah ada degupan jantung di dalam perut,” katanya.

Perasaan itu diluahkan Raf menerusi akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

Raf turut memuat naik fotonya bersama Mawar serta dua orang anaknya daripada perkahwinan terdahulu.

Anak keduanya kelihatan gembira apabila memegang perut Mawar sambal tersenyum.

Pada awal bulan lalu, Mawar mengesahkan dia sedang hamil dua bulan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu.

Foto: IG Raf Yaakob
Teks oleh: Syafiqah Jalal