“Ini Memang Setan! Meh Kita Cepuk Pengasuh Ni”- Abby Abadi

Hiburan
“Ini Memang Setan! Meh Kita Cepuk Pengasuh Ni”- Abby Abadi
Semalam tular di media sosial video dua orang pengasuh taska bertindak kejam dengan memukul kanak-kanak di sebuah pusat asuhan di Melaka

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu telah membuat ramai netizen berang termasuklah Abby Abadi yang turut meluahkan ketidakpuasan hatinya di akaun Instagram (IG) miliknya.

Abby Abadi mempertikaikan mengapa mereka bekerja sebagai pengasuh jika tiada kesabaran yang tinggi untuk menjaga kanak-kanak.

“Ini bukan kesilapan, ini memang setan (syaitan) ! Dah tahu tiada kesabaran nak jaga anak orang, kerja dekat tadika untuk apa?” tulisnya.

Abby memberitahu jika perkara yang sama berlaku kepada anaknya, dia akan melakukan benda yang sama kepada pengasuh tersebut.

“Kalau anak saya ni, saya buat benda yang sama kat pengasuh ni balik. Saya tak boleh benda-benda gini.

“Budak tu tak ada buat salah apapun! Kalau pun ada salah, siapa kau nak pukul anak orang macam tu? Mak bapa anak-anak ni meh ajak kita sekali cepuk pengasuh ni. Geram ni!”
luahnya lagi.

Tegas Abby diharapkan pihak berkuasa mengambil tindakan dia atas apa yang berlaku.

“PDRM mohon bertindak. Dah tangkap nanti, mohon mahkamah janganlah jatuh hukum manja-manja, bagi lebih sikit, biar mereka tahu erti penyesalan,”katanya.

Rata-rata pengikutnya turut bersetuju serta meluahkan rasa kesal dengan tindakan pengasuh tersebut.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Mmmm... ini bukan kesilapan, ini memang setan! Dah tahu takde kesabaran nk jaga anak org, kerja dekat tadika utk apa? . Hai la Akak2... Kalau anak Sy ni, Sy buat benda yg sama kat Akak2 balik.. Sy tak buleh benda2 gini. Budak tu takde buat salah apapun! Kalau pun ada salah, siapa kau nk pukul anak org mcm tu? Mak bapa anak2 ni meh ajak kita sekali cepuk penjaga2 .. Geram ni! 😡🤬 . Tak pasti dimana... tapi dimaklumkan di Melaka.. Betul ke org Melaka? PDRM mohon bertindak. Dah tangkap nnti, mohon mahkamah janganlah jatuh hukum manja2, bagi lebih sikit.. biar dorg tahu erti penyesalan. #marahni #marahsangatttt #taklehtengoksebenarnya #istighfar 🙊

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

 
Foto: IG Abby Abadi
Teks oleh: Syafiqah Jalal

Artikel Berkaitan