Penyampai radio Feeya Iskandar atau Cik Piah mengakui kesal apabila masih ada pihak yang mendera kanak-kanak di pusat pengasuh.

Menerusi entri di Instagram (IG), Feeya berharap agar tindakan dapat diambil dan setiap pengasuh harus menjalani ujian mental sebelum menjaga kanak-kanak.

"Bila tengok video ni terus jadi takut nak hantar anak ke taska atau pengasuh.

"Sedap-sedap kau tunjal kepala anak orangg ye kau ingat mak bapak dia hantar kat situ free ke?

"Dengan budak boleh lah kau tunjal. Budak tak melawan. Kalau yang sebaya kau, rasa kerusi tu melekat dekat kepala kau.

"Pengasuh atau sesiapa sahaja yang nak jaga budak-budak ni seeloknya kena jalani ujian mental. Apa perasaan kalau benda yang kau buat tu, orang buat pulak kat anak kau eh," tulisnya.

bila tgk video ni terus jadi takut nk hantar anak ke taska ke pengasuh ke..sedap2 kau tunjal kepala anak org ye kau ingat mak bapak dia hantar kt situ free ke?dgn budak boleh lah kau tunjal.budak x melawan.kalau yg sebaya kau,rasa kerusi tu melekat dkt kepala kau.pengasuh atau sesiapa sahaja yang nk jaga budak2 ni seelok nya kena jalani ujian mental.apa perasaan ko kalau benda yg kau buat tu,org buat pulak kat anak ko eh??ke kau mmg jenis manusia yg xde hati&perasaan sbb kalau dlm diri kau ada rasa kasih&sayang tu,kau tak kan buat mcm tu dkt budak2..ya allah lindungi lah anak2 kami,jauhkan dari manusia2 yg bertopengkan SYAITAN!

A post shared by feeyaiskandar (@feeyaiskandar) on


Semalam tular di media sosial apabila sebuah video memaparkan seorang kanak-kanak di dera di pusah penjagaan.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi