Penyanyi dan pelakon Izzue Islam bersedia menerima kritikan kerana tampil dengan lagu berbahasa Inggeris yang bertajuk My City.

Lagu My City bercerita mengenai keunikan negeri kelahiran Izzue, Kelantan Darul Naim.

Guys, 10 minit lagi kita release full music video MY CITY kat youtube izzueislamTV k! Satay tuned guys! Link kat bio guys! #mycityizzueislam @iianmusic

A post shared by i z z u e i s l a m (@izzueislam) on


"Saya sudah bersedia untuk menerima kritikan atau teguran yang bakal datang mengenai tindakan saya merakamkan lagu Inggeris.

"Saya menghasilkan lagu tersebut untuk mempromosikan Kelantan. Sebagai anak jati negeri yang terkenal dengan jolokan Cik Siti Wan Kembang ini, saya ada sasaran peribadi.

"Pada mulanya, lirik lagu ini ditulis dalam Bahasa Melayu. Namun begitu, memandangkan lagu ini berkisarkan mengenai tempat menarik untuk pelancong singgah di Kelantan, apa salahnya jika seni kata lagu ini dibuat dalam Bahasa Inggeris," kata Izzue ditemui ketika majlis pelancaran Aurawhite Toothpaste di Meet & Dine, Cheras baru-baru ini.


Baru sahaja dilancarkan, lagu ini mendapat respon positif di laman YouTube.

Dalam perkembangan lain, Izzue baru sahaja dilantik sebagai ikon produk terbabit bersama Fasha Sandha dan PU Azman.

"Alhamdulillah, ini rezeki saya dan isteri. Sebelum bersetuju, saya mencubanya terlebih dahulu selama beberapa bulan dan hasilnya bagus.

Smlm di launching UBAT GIGI @aurawhiteofficial . So, sape kat sini ada masalah gigi? Gigi terlalu kuning or nafas berbau? Ok, jgn mengaku kat sini nanti orang tahu ? . Korang boleh guna ubat gigi aurawhite kalau nak gigi bersih & sihat macam oppa yer? Kechinggg ? follow @aurawhitetoothpastehq . Suit by @asyrafarrif_couture Hair by @seanpok #seanhairgallery . #UbatGigiAurawhite #AurawhiteToothPaste #GigiBersihBaruKacak #KacakMalampau

A post shared by i z z u e i s l a m (@izzueislam) on


"Saya pastikan saya mencuba dan berpuas hati terlebih dahulu kerana saya tak mahu sekadar menjual nama sebagai selebriti," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Izzue turut bertanding dalam program Super Spontan Xtravaganza (SSX) yang sedang hangat bersiaran.

Minggu keempat SSX menyaksikan Zara Zya dan Anas Ridzuan dari kumpulan Lobster Leleh telah disingkirkan.

SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan 'tukang masak', SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej 'tukang masak jalanan' dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej 'tukang masak di hotel'.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri tempatan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Izzue