Nama penyanyi dan pelakon Ayda Jebat kembali panas selepas video duetnya bersama salah seorang peserta program realiti tular di laman sosial.

Dikenali dengan lagu pop rancak, sesetengah netizen sering mempertikaikan kebolehan vokal penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 9 itu.

Terbaru, menerusi salah sebuah entri yang viral di laman Twitter, netizen yang menggunakan nama @theazribazfar berkongsi sedutan video Ayda berduet dengan peserta yang digelar Abang Ais Krim.

Menerusi video tersebut, mereka menyanyikan lagu Pinjamkan Hatiku, nyanyian asal Ayda bersama vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi Priyo.



Menerima pelbagai respon, tweet milik @theazribazfar itu telah diulang kicau sebanyak hampir 16,000 serta disukai oleh hampir 12,000 pengguna.













Disamping itu, peserta yang digelar Abang Ais Krim itu juga mendapat pujian netizen kerana kelunakan suaranya.

Lagu terbabit merupakan lagu runut bunyi filem lakonan Ayda bersama Shaheizy Sam dan Datuk Farid Kamil yang turut berjudul Pinjamkan Hatiku yang ditayangkan pada hujung tahun lalu.


Dalam perkembangan lain, Ayda bakal berduet dengan penyanyi Ariff Bahran menyampaikan lagu Marry You di konsert ketiga program Big Stage yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Selain Bahran, Big Stage disertai oleh Sarah Suhairi, Wani Kayrie, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Sissy Imann.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Ayda, Twitter