Gelak sampai terkeluar gigi! Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold, Hantu Kak Limah (HKL) benar-benar menghiburkan!

HKL telah memecah rekod dengan mendapat kutipan melebihi RM9 juta dalam hanya empat hari tayangan.

Rekod itu sekaligus menjadikan HKL sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas empat hari ditayangkan.

Menerusi laman sosial, penonton juga memberikan respon positif terhadap filem ini.

Menariknya, ada satu tweet di laman sosial Twitter mencuri perhatian Gempak.

GIGI SAPA NI WEHH?!!?? Ni mesti kes gelak tak hengat dunia sampai terpelanting gigi palsu dalam kotak popcorn??? #HantuKakLimah #HKL #HKLPerghh #CerCiter #KejungPerut

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Menerusi tweet dari pengguna bernama @wan_azril, HKL membuatkan ada penonton tergelak sehingga terkeluar gigi palsu!

"Apa dia ni?! Hahahahahahahahaha... Tengok #HantuKakLimah gelak sampai terkeluar gigi masuk dalam popcorn.

"Mai mintak balik pula lepas tu... Gigi tertinggal dalam hall," tulis @wan_azril.

Pengguna itu turut memuat naik sekeping foto gigi palsu yang tertinggal di dalam bekas bertih jagung.

Fenomena HKL tidak terhenti di situ! Pawagam masih sesak dengan penonton terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan bangsa yang membanjiri panggung untuk menonton HKL.

#HantuKakLimah PECAH REKOD LAGI! KUTIPAN TAYANGAN KINI MELEBIHI RM 9 JUTA!!! 1. Kutipan paling tinggi pada hari pembukaan 2. Kutipan melebihi 9 juta 4 hari tayangan Kami Astro Shaw dan Infinitus Gold dengan rasa syukur ingin mengucapkan jutaan Terima Kasih di atas sokongan yang anda berikan. #HantuKaklimah KINI 'Mengokak' DI PAWAGAM Seluruh Malaysia ??, Brunei ?? & Singapura ??. Filem Seram Komedi sesuai untuk seisi keluarga dan kawan-kawan korang!!!! Jomlah kiter? "Enjit..enjit semut..sapa sakit SERBU PANGGUNG~?" #HKL #HantuKakLimah #HKLPerghh #CerCiter #KejungPerut

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Filem francais komedi seram yang diarahkan oleh Mamat Khalid ini menampilkan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Apa tunggu lagi, saksikan Hantu Kak Limah di 133 pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei!

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Twitter @wan_azril