Filem Hantu Kak Limah (HKL) telah memecah rekod dengan mendapat kutipan melebihi RM9 juta dalam hanya empat hari tayangan.

Rekod itu sekaligus menjadikan filem HKL sebagai filem tempatan pertama mendapat kutipan tertinggi selepas empat hari ditayangkan.

Terdahulu HKL mencipta sejarah apabila menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650,00 di hari pembukaan ‘sneak preview’ pada 8 Ogos lalu, sekali gus mengukir kejayaan kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama tayangan.

Dengan kejayaan tersebut, jumlah pawagam yang menayangkan filem ini turut bertambah menjadi 137 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei.

Manakala, peminat dan penonton di Singapura boleh menonton di pawagam berhampiran mereka bermula 16 Ogos ini.

Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim mengucapkan jutaan terima kasih kepada penonton, rakan media dan pihak pawagam di atas sokongan terhadap filem tersebut.

Filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold itu diarahkan oleh Mamat Khalid dan dibintangi oleh Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.