Penyanyi Wani Kayrie, 18, menghadiahkan ibunya, Rukiah Kalapukong sebuah kereta Honda BRV bersempena hari jadi.

Menerusi carian di laman web Honda, kereta tersebut dijual dengan harga bermula RM79,000.

Menurut perkongsian video di laman sosial, hadiah mewah itu diberikan Wani kepada ibunya yang mesra disapa dengan nama Kay Sabah hasil daripada kerja keras Wani dalam bidang nyanyian.

"Alhamdulillah. Tahun ni ada rezeki lebih kita hadiahkan mama kereta yang dia nak.

"Selamat hari jadi mamaku @kaysabah. Harap mama suka dengan hadiah dari kami!

Alhamdulillah. Tahun ni ada rezeki lebih kita hadiahkan mama kereta yang dia nak ?❤ Happy 40th birthday mamaku @kaysabah ?? Hope you love the present from us! Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki sentiasa! Keep being young & keep rockin! Love you momsie! ?✨ Thank you @hondamalaysia ! #MamaKayTurns40

A post shared by WANI KAYRIE ♡ (@wanikayrie) on


"Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa! Semoga sentiasa kekal muda dan terus bertenaga. Sayang Mama!" tulis Wani.

Rata-rata netizen memuji sikap Wani yang mengumpul duit untuk menghadiahkah sebuah kereta kepada ibunya pada usia yang muda.

Wani kini sedang giat beraksi dalam program Big Stage.

Jangan lepaskan peluang untuk terus menyaksikan pertarungan 9 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.

Selain Wani, Big Stage disertai oleh Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Sissy Imann.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Big Stage turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!


Teks: Noor Zulaikha Yusof
Sumber: Instagram Wani