Penyanyi rap Waris selamat menimang cahaya mata kedua pada 2 Ogos lalu.

Berkongsi berita gembira ini menerusi sebuah entri terbaru di laman Instagram, isteri Waris, Izzati Amirah Kamaruddin melahirkan cahaya mata perempuan secara normal.

Tihani Izz Nina binti Muzzammil selamat dilahirkan secara normal di Hospital Salam Senawang dgn berat 3.3kg pada 2/8 yang lepas.Terima kasih kpd pihak hospital Salam dan Dr Alinawati atas layanan terbaik dan doa2 kalian memudahkan isteri saya bersalin ? #babygirl #terbaikbosskur

A post shared by Bookings 0123678060 (@warisn9) on


"Tihani Izz Nina Muzzammil selamat dilahirkan secara normal di Hospital Salam Senawang dengan berat 3.3 kilogram pada 2 Ogos yang lepas.

"Terima kasih kepada pihak hospital Salam dan Dr Alinawati atas layanan terbaik dan doa-doa kalian memudahkan isteri saya bersalin," tulis Waris.

Sebelum ini, Waris atau nama sebenarnya, Muzammil Alias menerima kehadiran cahaya mata lelaki sulung, Muddassir pada 17 September 2016.

Penyanyi lagu Bertingkek itu mendirikan rumah tangga dengan isteri di Surau Al-Wehdah, Taman Lestari Permai, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, pada 1 Ogos 2015.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Waris