Penyanyi popular Hollywood, Demi Lovato benar-benar nekad untuk berubah selepas dimasukkan ke hospital akibat penyalahgunaan dadah baru-baru ini.

Terbaru, penyanyi ini telah mengumumkan bahawa dia telah membatalkan konsert jelajah dunianya yang sepatutnya berlangsung dalam masa terdekat ini.

"Demi berbuat demikian kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian di pusat pemulihan, dia benar-benar nekad untuk menghentikan ketagihannya terhadap dadah," kata sumber.

Keadaan terkini Demi telah mengundang perhatian dari pelbagai pihak terutamanya rakan-rakan artis di Hollywood termasuklah Ellen DeGeneres, Joe Jonas, dan ramai lagi.

Teks : Asraf Aided
Sumber : celebrityinsider.org