Peminat digemparkan dengan berita perpisahan personaliti terkenal Hollywood, Kourtney Kardashian dan Younes Bendjima.

Terbaru, ketika majlis sambutan hari jadi Kylie Jenner yang berlangsung semalam, Kourtney kelihatan duduk disebelah bekas suaminya, Scott Disick.

Perkara ini telah mengejutkan peminatnya kerana Kourtney baru sahaja mengumumkan perpisahannya bersama Younes pada 7 Ogos lepas.

"Perkara ini tidak begitu mengejutkan kerana sebenarnya, Kourtney dan Scott telah banyak berhubung sejak kebelakangan ini.

"Mereka juga mempunyai tiga anak dari hasil rumah tangga sebelum ini dan ia membuatkan mereka lebih senang untuk berkomunikasi," kata sumber.

Kourtney dan Scott mula berkenalan pada tahun 2006 di Mexico dan menimang cahaya mata pertama, Mason Dash Disick pada Disember 2009.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com