Filem terbitan Veedu Production dengan kerjasama Astro Vaanavil, Vedigundu Pasangge mencatat sejarah tersendiri dengan meraih kutipan lebih RM1 juta.

Filem tersebut menjadi filem Tamil keluaran Malaysia yang pertama meraih kutipan mencapai RM1 juta mengatasi filem Maindhan yang mengutip RM903,000.

never thought this day would come ?but hey here's to a new era ! thank you everyone, without you this wouldn't have been possible ! #malaysiantamilfilms #vedigundupasangge #anewbeginning #believeandachieve #hiduplah #kawankawankanjiuthuran ?? @deneskumar_ @vimalaperumal6

A post shared by Sangeeta Krishnasamy (@sangeeta_krishnasamy) on


Diarahkan oleh sutradara wanita, Dr. Vimala Perumal, Vedigundu Passangge dibintangi oleh Sangeetha Krishnasamy, Denes Kumar, Magendran Raman, Thangamani, David Anthony, Seelan Manoheran, Prakash Krishna dan ramai lagi.


Filem tersebut mula ditayangkan di pawagam mulai 26 Julai lalu di 55 pawangan seluruh negara dan masih lagi ditayangkan sehingga kini.

Teks: Kamaruddin Razal