Wow! Hantu Kak Limah Raih RM1.8 Juta di Hari Pembukaan

Hiburan
Wow! Hantu Kak Limah Raih RM1.8 Juta di Hari Pembukaan
Baru sahaja membuka tayangan di hari pertama semalam, filem Hantu Kak Limah (HKL) melakar dua rekod yang tersendiri.

Pertama, HKL menjadi sebagai filem tempatan pertama yang menerima kutipan tertinggi iaitu lebih RM650,000 di hari pembukaan “sneak preview” pada 8 Ogos.

Kedua, HKL mengukir kejayaan berganda apabila kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama ianya ditayangkan kepada umum semalam (9 Ogos).

Kutipan tersebut sekaligus merekodkan HKL sebagai filem yang menerima kutipan tertinggi di hari pembukaan.

Filem kerjasama Astro Shaw dan Infinitus Gold ini boleh ditonton di 133 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Manakala, di Singapura bermula hujung minggu ini. Filem francais komedi seram yang diarahkan oleh Mamat Khalid ini menampilkan Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Mus May, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz serta penampilan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Apa tunggu lagi, saksikan Hantu Kak Limah di pawagam berdekatan anda sekarang!

Artikel Berkaitan