Pelawak dan pelakon Abam mengakui pengurangan berat badan sebanyak 30 kilogram itu membantu dirinya untuk bergerak.

Menurut Abam, sekarang dia boleh terlibat dengan semua permaian yang sukar dilakukan dalam Super Spontan Xtravaganza (SSX).

"Alhamdulillah, sekarang ini saya dapat kurangkan berat badan sebanyak 30 kilogram berbanding dulu.

"Pengurangan berat badan menyebabkan saya sekarang ini mudah untuk bergerak dan bermain game yang sukar dalam SSX.

"Jika dilihat sebelum ini saya hanya bermain game yang mudah dan tidak memerlukan banyak pergerakkan," katanya kepada Astro Gempak.

Minggu ketiga SSX menyaksikan Modee dari kumpulan Sotong Kangkung telah disingkirkan.

SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan 'tukang masak', SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej 'tukang masak jalanan' dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej 'tukang masak di hotel'.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan dinilai oleh dua juri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri tempatan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan 'on demand'.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi