Suami pelakon Ummi Nazeera, Izzar Anwari akui belum mengetahui jantian bayi sulung yang dikandung oleh isterinya.

Izzar memberitahu bayinya itu dipercayai ‘bersembunyi’ setiap kali ultrasound dilakukan.

“Lelaki ke perempuan? Masih belum dapat dikenal pasti kerana baby selalu bersembunyi ketika scan.

“Tapi ramai orang meneka jantina baby berdasarkan firasat masing-masing,”luahnya.

Izzar berkongsi mengenai perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Bagaimanapun, Izzar meminta agar semua menodakan kesihatan isteri dan bayinya.

“Apa-apa pun mari berdoa agar baby dan mommy sihat walafiat selalu,” tulisnya.

Ummi dan Izzar bernikah pada 23 Julai 2015.

Foto: IG Izzar
Teks oleh: Syafiqah Jalal