Bintang program realiti Big Stage, Sarah Suhairi, 20, tidak sama sekali meletakkan tahap popularitinya sebagai tekanan untuk terus bersaing dengan peserta lain.
Kata Sarah, dia tidak berkecil hati ekoran namanya tidak dikenali sebaliknya telah membuktikan kemampuannya pada pentas sulung minggu lalu.
"Saya tidak rasa down sama sekali, memang benar ramai yang tak kenal saya dan ini pertandingan pertama saya sejak bergelar artis," katanya.
Sarah mendapat pujian daripada juri Big Stage yang tidak menjangkakan penyanyi muda itu mampu mengejutkan ramai pihak termasuk audiens.
Sarah bermula di platform media sosial menerusi cover song penyanyi popular tempatan dan luar negara sebelum disunting menjadi artis syarikat rakaman MVM Production tahun lalu.
Penyanyi itu juga muncul dengan single pertama berjudul Pedih ciptaan Room None dan lirik oleh Iman Imran.
Sehingga kini, muzik video lagu itu telah ditonton lebih 1 juta pengunjung sejak dilancarkan di YouTube pada April lalu.
Konsert minggu kedua Big Stage bakal menyaksikan Sarah melantunkan lagu Kesetiaan nyanyian asal Siti Sarah.
"Saya akan cuba sebaik mungkin untuk tidak menyanyikan lagu itu seperti penyanyi asal dan menjadikan rendisi sendiri," janji Sarah.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan pertarungan 10 bintang muda dalam rancangan realiti baharu Big Stage.
Big Stage disertai 10 penyanyi iaitu Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel, Sissy Iman dan Wani Kayrie.
Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tik Tok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria(104) dan Ria HD (123).
Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @sarahsuhairi
Amri Hassan
Fri Aug 10 2018
Terkini: Selangor FC Ambil Keputusan Tak Hadir Piala Sumbangsih 2024
Keputusan yang agak sukar buat Selangor FC.
Anas Tahir Dedah, Remaja Dicekik Seorang Pakcik Lepas Solat - “Punca Hanya Sebab Rapatkan Saf”
Anas salute tahap kesabaran adik ni.
"Jangan Bunuh Semangat Saya Untuk Berkarya" - Awie
Datuk Awie memohon penonton agar tidak membandingkan naskhah sulung arahannya, Rebel: Berontak Untuk Berotak
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Furiosa A Mad Max Saga
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
GMW Giveaway: Ziana Zain Konsert 2024
Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”
Wah DSV pun dah buat trend Asoka.
Hadiri Met Gala, 163 Karyawan & 1,965 Jam Siapkan Sari Alia Bhatt
Met Gala berlangsung penuh meriah di Muzium Seni Metropolitan di New York pada Isnin.
“Tak Pernah Bayang Perkara Ini Berlaku Di Negara Kita” - Safee Sali Terkejut Faisal Halim Disimbah Asid
Sama-sama kita doakan Faisal Halim cepat sembuh.
Netizen Tegur Aiman Hakim Ridza Kongsi Foto Cium Zahirah MacWilson - “Tetap Haram Ditunjuk Walau Dah Halal”
Alamak...
Netizen Teruja Lihat Safawi Rashid Ajar Anak Sepak Bola - “Dik Awak Tahu Tak Bapa Awak Tu Pawi”
Netizen kata ajar awal tak kalut.