Bintang rancangan realiti Big Stage, Sissy Iman, 22, mengakui dia berasa agak tertekan apabila para juri meletakkan sasaran yang tinggi bagi setiap persembahannya.

Menurut Sissy Iman, apabila para juri meletakkan satu tahap kepadanya, ia mencabar dirinya untuk melakukan persembahan dengan lebih baik.

“Sebenarnya saya berasa tertekan dan takut apabila para juri meletakkan sasaran yang tinggi untuk persembahan yang akan datang ini.

“Sebelum ini, saya merasakan ilmu yang sedia ada sudah mencukupi untuk membantu dalam pertandingan ini.

“Apabila saya belajar bersama Ernie Zakri serta peserta-peserta lain, barulah saya sedar sebenarnya banyak lagi perkara lain yang tidak saya ketahui dan perlu dipelajari.

“Walau bagaimanapun, saya bersedia untuk melakukan persembahan yang berbeza dari sebelum ini,” katanya kepada Gempak.

Sissy Iman atau nama sebenarnya Imann Mohammad Kamil berkata inilah masanya untuk dia menunjukkan bakat yang sedia ada kepada khalayak umum.

Ketika berlangsung konsert pertama Big Stage, juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza telah memberi komen yang positif dan markah paling tinggi terhadap persembahan Sissy pada malam tersebut.

Selain Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir juga memainkan peranan sebagai juri tetap manakala Noh Salleh diundang sebagai juri jemputan untuk konsert pembuka tirai tersebut.

Bagi meneruskan perjuangan pada minggu kedua, Sissy akan menyanyikan lagu cover Semoga Abadi (Misha Omar) sempena tema Lit Throwback.

Selain Sissy, Big Stage turut disertai oleh Tajul, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Syafiq Farhain, Ariff Bahran, Fara Hazel, Baby Shima, Sarah Suhairi dan Wani Kayrie.

Rancangan yang ditrendkan oleh TikTok ini akan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (104) dan RiaHD (123).

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi TikTok dan mengundi peserta Big Stage kegemaran anda pada setiap minggu.

Bagaimana cara untuk mengundi para peserta Big Stage :-
1. Muat turun aplikasi TikTok di App Store dan Google Play - https://go.onelink.me/BAuo/4bac9f0f
2. Log masuk atau daftar menggunakan akaun social media anda
3. Sambung dan sahkan log masuk
4. Klik pada ikon bumi untuk memasuki halaman utama
5. Klik banner Big Stage untuk memasuki halaman mengundi
6. Anda mempunyai 10 undian sehari dan hanya 1 undian untuk setiap peserta
7. Terma dan Syarat tertakluk

Undian anda yang akan menentukan siapa peserta Big Stage yang akan tersingkir.

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!