Pelakon sensasi Sharifah Sakinah menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap tetamu yang menghadiri pertunjukan fesyen terutama Kuala Lumpur Fashion Week 2018 yang kini sedang rancak berlangsung.

Kata Sakinah, tetamu tidak kira undangan khas seharusnya menghormati urusetia dan pereka fesyen yang terbabit dengan datang tepat pada masa dan tidak membuang waktu dengan perkara yang tidak sepatutnya.

"Setakat ini saya sudah beberapa kali menghadiri KLFW, ia tidaklah meleret panjang tetapi durasinya boleh diterima akal.

"Kepada fashionista, tetamu kenamaan, social media influencers dan sesiapa sahaja dalam industri, tolonglah hormati waktu.

"Bayangkan persiapan untuk acara besar ini saban tahu. Ramai yang sudah bersusah payah selama berbulan-bulan terutama penganjur, pereka fesyen dan model.

"Jadi, tepati masa. Masuk ke dalam dewan cepat-cepat, tak payahlah borak lama-lama, gelak-gelak, snap gambar kat hall luar.

"Tolong duduk sebelum acara bermula, orang nak tengok baju model, bukan baju orang yang baru nak duduk.

"I know it’s a fashion show, but that doesn’t mean everyone is allowed to be fashionably late. Don’t take the theme to the heart sangat," tegasnya.

This is a rant post. So far, I’ve been attending KL Fashion Week for the past few years. It’s not that that long but long enough to see what’s unacceptable in the event’s scene. Dear fashionista, VIP clients, social media influencers, any important players in the industry and all attendees PLEASE PLEAE PLEASE respect the value of time. Imagine the preparation behind this huge event annually. A lot of people put a lot of hard work for months by the event organizers, designer, models. So: Please arrive on time. (Respect other people’s time) Please enter the hall when being invited. (Tak payahlah lama2 borak2, gelak2, snap pics kat hall luar. Yes, we know you are the invitees). Please sit before the event starts. (Orang nak tengok baju model, bukan baju orang yang baru nak duduk). I know it’s a fashion show, but that doesn’t mean everyone is allowed to be fashionably late. Don’t take the theme to the heart sangat.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on



Sakinah antara selebriti yang sentiasa mengikuti perkembangan fesyen tempatan dan antarabangsa malah gaya yang diperagakan sentiasa menjadi trendsetter fesyen semasa.

Sementara itu, KLFW2018 telah membuka tirai pada Rabu lalu dengan pelbagai barisan pereka fesyen terkenal tempatan telah mempersembahkan kehebatan rekaan masing-masing.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @sharifah_sakinah