Pengacara terkenal Hollywood, Ellen DeGeneres mengakui berasa risau dengan keadaan terkini penyanyi dan juga teman baiknya, Demi Lovato.

Sejak Demi dimasukkan ke hospital kerana penyalahgunaan dadah pada 24 Julai lepas, Ellen sudah mula memikirkan cara untuk memberi sokongan motivasi terhadap penyanyi itu.

Terbaru, pengacara popular itu telah mempelawa Demi untuk berehat di salah sebuah rumahnya yang terletak di kawasan pantai Santa Barbara apabila penyanyi tersebut selesai menjalani proses pemulihan.

"Ellen memberitahu Demi bahawa rumahnya di Santa Barbara itu adalah tempat sempurna untuk menenangkan diri dan lari jauh dari tekanan di Hollywood.

"Ellen juga mempelawa Demi untuk tinggal di rumah itu pada bila-bila masa sahaja," kata sumber.

Demi kini sedang menjalani rawatan di pusat pemulihan dan menyatakan dirinya benar-benar komited untuk berhenti dari tabiat lamanya yang hampir meragut nyawa itu.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com