Penyampai radio Gegar, Amirul Agam menjelajah ke seluruh pantai timur dalam program Amazing Agam Deeja.

Agam menyahut cabaran menjelajah negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu seorang diri untuk mempelajari adat dan budaya mereka.

Setiap cabaran yang diberikan oleh penyampai radio Gegar yang lain akan dilakukan secara spontan oleh Agam.

Menerusi program Amazing Agam Deeja ini, pendengar Gegar juga berpeluang memenangi wang tunai RM200 dengan menjawab soalan mudah mengikut pembayang di IG Story Gegar.

Sepanjang perjalanan itu, Agam yang merupakan pemenang Geng Baru Gegar akan menaiki bas dari Kuala Lumpur menuju ke destinasi yang ditetapkan.

Ikuti pegembaraan Amirul Agam di Facebook dan IG Gegar.

Teks oleh: Syafiqah Jalal