Penyanyi Lan Solo lega apabila anak ketiganya, Muhammad Akid Qassyaff, 3, berada di dalam keadaan baik selepas jatuh dan cedera di dahi.

Lan memberitahu ketika kejadian dia dan isteri, Nur Sheila Hassim panik dan segera membawa anaknya yang jatuh itu ke hospital kecemasan.

Walau bagaimanapun, anaknya disahkan tidak mengalami kecederaan serius.

“Alhamdulilah tiada yang terlalu serius, tetapi sebagai ibu bapa kerisau tahap gaban itu adalah lumrah,” tulisnya di akan Instagram (IG) miliknya.

Menurut Lan bertambah risau adalah ia kejadian kali kedua anaknya jatuh dan cedera di kepala.

“Tambahan pula, ni koyak kali kedua. Risau tempat yang sama dan sebelum ini sudah koyak dengan tujuh jahitan,” luahnya lagi.

Selain Akid, Lan dikurniakan tiga cahaya mata lain, Nur Amna Qaleesya, 6, Nur Amna Qeesyara, 4 dan Nur Aman Quxandra berusia 6 bulan.

Alhamdulillah.. takde yg terlalu serius.. tetapi sebagai ibubapa kerisauan tahap gaban tu adalah lumrah! . Tambahan pulak..ni koyak dahi kali ke 2..?! Risau tempat yg sama.. 7jahit tau masa koyak dulu.. “Akid oh Akid” . Tq doc & team.. Tq jugak korang yg mendoakan ??! . Sekian laporan dr daddy utk kengkawan & sedare2 yg kol/mesej bertanyakan kondisi Akid mlm td.. . Doakan bhgn luka kat dahi Akid cepat sembuh ya! . Aaamiiinnn..! . . #muhammadakidqassyaff #akid #qassyaff #abang #hero #koyakdahi #kecemasan #ppum #anakanaklansolo #razlansheilakin

A post shared by L A N S O L O ?? (@lansolo_official) on

Foto: IG Lan Solo
Teks oleh: Syafiqah Jalal