Sejak kebelakangan ini, penyanyi dan pelakon Farahdhiya sering memuatnaik foto dan video masakannya di Instagram.

Menurut Farah, ramai yang telah mempersoal tentang bagaimana dia dapat mengekalkan bentuk tubuh yang langsing walaupun setiap hari memasak juadah yang enak.

Menerusi salah sebuah entri di Instagram miliknya, Farah menyatakan kebanyakan menu yang disediakan adalah untuk ahli keuarganya, dia sentiasa memilih makanan yang lebih sihat untuk dirinya.

"Ramai yang bertanya, saya masak sedap setiap hari tapi tak gemuk, rahsianya, saya sebenarnya masak untuk keluarga, jarang sekali saya makan nasi putih.

"Saya akan makan lauk yang saya masak bersama 'quinoa', tetapi kadang-kadang saya tak makan pun lauk-lauk itu, saya akan gantikan dengan sesuatu yang lebih sihat," tulisnya.

Ramai yg tanya,masak sedap hari2 tapi tak gemuk pon.Rahsia dia,saya actually masak utk family,saya jarang makan nasi putih,sebulan sekali pon susah,saya gantikan dgn quinoa (google please apa itu quinoa) dan saya akan makan dgn lauk yg saya masak tapi kadang2 saya tak makan pon lauk2 tu,saya akan sediakan makanan healthy saya sendiri seperti gambar ni.Bila kita masak sendiri dkt rumah kita tau minyak apa kita guna,berapa byk garam & gula kita letak,kita boleh monitor,kalau makan luar kita taktau (saya tak guna penambah rasa) Today ini adalah late lunch saya,Yes buat sendiri atas creativity saya sendiri,no recipe no nothing,just hentam je and it’s so delicious,cukup rasa.No sugar,no salt,no mayo,no sauces just lemon juice and olive oil.Kalau nak sihat and jaga badan,haruslah jaga apa yg masuk dlm mulut kita dan jgn lupa exercise jugak ya? Anyway for your info,dlm rumah saya takde yg gemuk lagi ? #sedikittipsdarisaya #fdcooked #fdskitchen

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd) on


Farah telah mula menjinakkan diri dalam industri hiburan Malaysia sejak berumur belasan tahun lagi dan lebih dikenali selepas melancarkan album Bertakhta Di Hati pada tahun 2004.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Instagram Farahdhiya