Ahli kumpulan Puteh, Mamak, selamat menimang cahaya mata kedua selepas isterinya, Ellina Abdul Wahab bersalin pada petang semalam.

Perkara itu dikongsikan oleh Mamak atau nama sebenarnya Mohamad Ikhtiaruddin menerusi entri di Instagram (IG) miliknya.

"Dush satu kali. Bismillahhirahmannirahim, Syukur Alhamdulillah. Pada Rabu 8/8/18 tepat 3.40pm, sekali lagi dikurniakan amanah Allah kedua untuk ku.

"Harta yang tak ternilai. Terima kasih isteri tercinta @enaiktiar yang berjuang untuk anugerah terindah ni.

"Kepada keluarga dan sahabat semua, terima kasih atas doa kalian. Alhamdulillah," tulisnya.

Dush 1 kali...??‍?‍?‍? Bismillahhirahmannirahim.. Syukur Alhamdulillah.. Rabu 8/8/18 tepat 3.40pm.. Sekali lagi dikurnia kan amanah ALLAH kedua utk ku.. harta yg tak ternilai... Terima kasih isteri tercinta @enaiktiar yg berjuang tuk anugerah terindah ni.. kepada keluarga n sahabat semua.. terima kasih atas doa kalian.. #alhamdulillah #heropapa #sepasang #babyboy #?

A post shared by MAMAKPUTEH MAHARAJALAWAK MEGA (@mamakputeh) on


Rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan agar ibu serta bayi yang dilahirkan akan diberi kesihatan yang baik.

Mengenai perkembangan lain, Mamak kini muncul dalam Super Spontan Xtravanganza pada setiap Jumaat pada pukul 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi