Gelagat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pendidikan Maszlee Malik yang memakai topeng watak-watak dalam filem Star Wars membuatkan netizen terhibur.

Menerusi entri di Instagram (IG), Maszlee telah berkongsi gambar bersama Tun Mahathir ketika melakukan lawatan kerja ke Jepun.

"Apabila Yoda 'mengeluh' apabila diingatkan supaya jangan lupa masuk mesyuarat Kabinet oleh Chewbacca," tulisnya.

Yoda: Do. Or do not. There is no try. . Chewbacca: RAWRGWAWGGR (Don't forget to attend the cabinet meetings!) . . Yoda: sigh... . . Having fun while visiting TECH Park Kids, a high-tech afterschool programme where children build their own fun from high-tech robotics to filmmaking to arts and crafts.

A post shared by MM (@maszlee) on


Dalam entri tersebut, Maszlee yang memakai topeng watak Yoda menulis bahawa mereka sempat berseronok seketika sewaktu membuat lawatan ke sebuah fasiliti yang menyokong program lepasan sekolah, Tech Park Kids.

Di lokasi tersebut, kanak-kanak menimba ilmu melalui keseronokan menerusi beberapa aktiviti menarik seperti pembinaan robot berteknologi tinggi, hinggalah kepada pembikinan filem dan seni kraf.

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui tehibur dengan gelagat bersahaja yang ditunjukan oleh Tun Mahathir dan Maszlee.

Dr Mahathir, Maszlee dan wakil dari Wisma Putra kini berada di Negara Matahari Terbit dalam satu lawatan kerja empat hari ke Fukuoka dan Oita sejak Isnin.

Foto: Instagram Maszlee