Selepas putus cinta dengan Justin Bieber dan The Weeknd, penyanyi Selena Gomez masih belum bersedia untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki.

Biarpun ada rakan-rakannya mahu menjodohkan Selena dengan beberapa jejaka, pelantun lagu Love You Like A Love Song itu masih selesa dengan status solo.

"Selena merupakan seorang yang penyayang tetapi buat masa ini, Selena belum mahu bercinta.

"Ramai temannya mahu menjodohkan Selena dengan beberapa individu tetapi Selena masih belum bersedia.

"Selena bukannya mahu berseorangan selamanya, tetapi dia selesa dengan status solo yang digalasnya sekarang," kata sumber.

Selepas beberapa bulan bercinta, hubungan Selena dengan The Weeknd putus pada Oktober tahun lalu.

Bekas kekasih Selena, Justin Bieber pula baru sahaja bertunang dengan Hailey Baldwin pada 7 Julai lalu.

Teks: Kamaruddin Razal
Sumber & Foto: Hollywoodlife / Instagram Selena