Pelakon Wilmer Valderrama dikatakan mahu melamar bekas kekasihnya, penyanyi Demi Lovato.

Perasaan itu berputik semenjak Wilmer dilaporkan melawat Demi setiap hari semenjak dia dimasukkan ke hospital akibat pengambilan dadah berlebihan.

"Di sebalik insiden buruk itu, ada hikmah yang baik terjadi. Mereka menjumpai semula jalan untuk bersama.

"Mereka lebih memikirkan perkara yang bakal terjadi di masa akan datang. Wilmer mahu mengahwini dan melamar Demi," kata sumber.

Wilmer yang berusia 38 tahun ini pernah menjalinkan hubungan dengan Demi selama enam tahun sebelum mereka berpisah pada 2016.

Teks: Kamaruddin Razal
Sumber & Foto: Hollywoodlife