Hubungan cinta personaliti terkenal Hollywood, Kourtney Kardashian dan model Younes Bendjima dikhabarkan telah putus cinta dan berita ini telah mengejutkan para peminat di seluruh dunia.

Beberapa hari lepas, Younes kelihatan bermesraan bersama Jordan Ozuna yang juga merupakan bekas teman wanita kepada penyanyi rap Tyga.

"Younes berkelakuan seperti seorang jejaka bujang yang tiada hubungan dengan sesiapa, walhal, ketika dia bergambar dan bermesraan bersama Jordan, dia masih menjalinkan hubungan bersama Kourtney.

"Selepas tularnya gambar tersebut, Kourtney telah membuat keputusan untuk meninggalkannya serta merta," kata sumber.

Younes dan Kourtney berkenalan pada tahun 2016 di Paris dan terus berhubung sehingga membuat keputusan untuk bercinta pada beberapa bulan lepas.

Teks : Asraf Aided
Sumber : hollywoodlife.com