Baru-baru ini, kita digemparkan oleh berita bencana gempa bumi yang berlaku di Lombok, Indonesia.

Ekoran dari perkara itu, penyanyi terkenal Indonesia, Melly Goeslaw telah tampil dengan satu kenyataan yang dibuat menerusi akaun Instagram miliknya semalam.

Melly menyeru masyarakat agar menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa bencana alam itu dengan tidak terlalu menunjuk kegembiraan dan kesenangan di media sosial.

"Di saat situasi mereka (mangsa gempa di Lombok) sedang berkabung, maka eloklah jika kita tidak terlalu bergembira dan menunjukkan kemewahan di media sosial, setidak-tidaknya, hormatilah mereka yang sedang berduka.

"Jika kita tidak berupaya untuk membantu, sekurang-kurangnya marilah kita berdoa untuk mereka dan sentiasa menanamkan kesyukuran di dalam hati," tulisnya.

Melly telah menjejakkan kaki ke industri hiburan Indonesia pada tahun 1955 menerusi kumpulan Potret Band sebelum bergerak solo dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Teks : Asraf Aided
Sumber :liputan6.com