Pasti sudah ramai yang meletakkan ekspektasi tinggi untuk filem sekuel Hantu Kak Limah selepas kejayaan Hantu Kak Limah Balik Rumah sekitar lapan tahun lalu.

Melihatkan barisan pelakon pun sudah pasti resepi pengarahnya, Mamat Khalid akan menjadi formula terbaik untuk menambat hati penonton sekali lagi.



Hantu Kak Limah dibintangi oleh Dalimawati Ismail di samping Datuk Awie, Ropie Cecupak, TJ Isa, Sharwani NS dan Allahyarham Rab Khalid.

Jadi, eloklah sekiranya kami kongsikan sebab wajib untuk anda tidak terlepas peluang menonton filem Hantu Kak Limah!

1. Pee Mak & Ong Bak

Sekali pandang poster filem Hantu Kak Limah hampir seiras filem komedi seram Thailand, Pee Mak tahun 2013.

Sama juga konsepnya apabila menonton filem ini, babak utamanya bermula di sebuah rumah kecil tepi sungai dan berakhir di lokasi serupa.



Suntikan elemen nusantara seperti muay thai seperti dalam filem Ong Bak menjadi treatment Mamat Khalid kali ini.

Jangan terlepas babak Hantu Kak Limah 'meng-ong bak-kan' Husin tau!

2. Pelakon Kelas A

Seperti yang disebut awal tadi, Hantu Kak Limah dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat dan popular tempatan.

Anda akan dapat melihat Zul Ariffin pertama kali beraksi lucu di layar perak tanpa perlu tayang otot dan control macho. Siap bersilat lagi...

Khamis ni?? Lusa?? 9 ogos?? Kak limah dah dekat sangat dah ni??? ? . #hantukaklimah

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin) on



Malah, deretan artis popular lain seperti primadona Malaya, Erra Fazira, usahawan sensasi Datuk Seri Vida dan Mus May muncul sebagai cameo.

3. Tak perlu serius sangat!

Seperti biasa, mana-mana karya Mamat Khalid tidak akan lari daripada unsur satira dan sindiran dalam sosiopolitik.

Hantu Kak Limah masih bermain dengan elemen sama cuma lebih lembut dan santai, terpulang pada pemahaman masing-masing.

Cuma, janganlah terlalu serius kalau nak enjoy filem ni.

4. Kualiti internasional

Jalan cerita dan skrip filem ini patut dipuji! Segar dan menghiburkan.

Selain pelbagai babak lucu, Hantu Kak Limah membuatkan anda tidak senang duduk untuk menunggu apa yang berlaku selepas dan selepas itu.

Manakala, sudut teknikalnya masih boleh dimaafkan, biar tidak canggih asal boleh buat anda tersengih.



5. Expect the unexpected!

Sebagaimana pesan Mamat Khalid sendiri, jangan bocorkan ending filem ini, begitu juga pesan kami buat penonton yang akan mula menyaksikan Hantu Kak Limah mulai malam ini.

Sangat di luar jangka dan filem ini menjawab pertanyaan siapa sebenarnya Hantu Kak Limah. Suspens kan?

Masih juga peringatan kepada anda, jangan lekas berganjak daripada tempat duduk selepas tamat filem ini, tunggu ending credits terlebih dahulu untuk kepuasan maksima.



Jangan lupa saksikan Hantu Kak Limah di pawagam seluruh negara mulai 9 Ogos 2018 dan kongsikan pengalaman anda bersama kami.

Teks oleh: Amri Hassan