“Sementara Itu Aku Singgah, Tetapi…”- Achey Ziarah Pusara Yus Jambu

Hiburan
“Sementara Itu Aku Singgah, Tetapi…”- Achey Ziarah Pusara Yus Jambu
Pelawak Achey Bocey telah mengambil kesempatan menziarahi pusara rakannya Yus Jambu semalam di Sungai Batu Pahat, Perlis.

Achey yang memuat naik fotonya bersama pusara pelawak itu di akaun Instagram (IG)nya turut menulis nukilan khas buat rakannya.

Nukilan itu ditulis buat Yus iaitu seorang rakannya yang disayangi serta dirindui.

“Sementara itu aku singgah ....
tetapi jika dihalusi persinggahan adalah tempat ku dan yang kekal adalah kamu...

lawatan ku mungkin tidak sehebat doa2 mereka yang amat merindui dan menyayangi mu ..

Dan kami percaya jika di kumpul kan semua itu ... ianya pasti menjadi kiriman yang terbaik buat mu...”
tulisnya.

Rata-rata pengikut IGnya turut menitipkan doa serta menyedekahkan al-fatihah buat artwah Yus.

Dalam masa yang sama terdapat juga pengikutnya yang mengimbau kenangan bersama arwah.

Yus Jambu atau nama sebenarnya  Yussry Edoo meninggal dunia pada 30 November 2015.

Mengenai perkembangan lain, Achey kini muncul dalam Super Spontan Xtravanganza ypada setiap Jumaat bermila 20 Julai, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
 

Foto: IG @acheykintangkintung

Teks oleh: Syafiqah Jalal


Artikel Berkaitan