Sebagai seorang wanita, celak atau penggaris mata memainkan peranan penting dalam gaya solekan harian mereka untuk kelihatan lebih menyerlah.

Namun seiring dengan peredaran masa, terdapat pelbagai jenis penggaris mata di pasaran iaitu cecair dan gel.

Penggaris Mata Gel

Penggaris mata jenis gel biasanya pakej dalam satu bekas pot kecil dan teksturnya tebal serta berkrim. Penggaris mata jenis ini memerlukan berus kecil berasingan untuk membuat garisan mata di kelopak mata anda.



Penggaris Mata Cecair

Penggaris mata jenis cecair biasanya datang dengan sebatang pen. Sesetengah celak jenis ini biasanya ia pakej sekali dengan berus kecil dan tirus yang digunakan untuk membuat garisan di mata.


Jika anda mahukan gaya mata ‘cat-eye’, penggaris mata cecair sesuai kerana ia boleh menghasilkan garisan tajam hingga keluar kelopak mata anda.

Namun, bukan mudah untuk mendapatkan gaya ‘cat-eye’ yang sempurna kerana penggaris mata jenis cecair mudah comot semasa melukis.

Malah jika anda tidak mahir menggunakan penggaris mata jenis ini anda dinasihatkan untuk melukis dahulu bahagian yang diingini menggunakan penggaris pensel sebagai panduan sebelum mengenakan penggaris mata cecair.

Cecair vs Gel

Walaupun penggaris mata cecair diraikan untuk ketepatan dalam melukis efek ‘cat-eye’ namun penggaris mata jenis gel menawarkan lebih banyak kawalan pada si pengguna serta dapat menghasilkan garisan yang lebih dramatik untuk menyerlahkan mata.

Ia kurang kasar berbanding celak biasa dan lebih mudah digunakan, terutama bila anda baru berkecimpung dalam bab lirikan mata.

Penggaris mata jenis gel sebenarnya adalah gabungan penggaris mata jenis pensel dan cecair.

Penggaris mata gel kini lebih menjadi kegemaran kerana sesuai untuk solekan gaya Korea atau K-pop kerana ia lebih kemas dan menyerlahkan mata si pengguna.

Produk Terbaru Di Pasaran

Terbaharu, Kate Tokyo muncul dengan celak jenis gel iaitu Kate Tokyo NEW Fit Rare Gel Pencil yang sesuai dengan gaya wanita moden yang mahu bergerak pantas dan bergaya.

Kate Tokyo NEW Fit Rare Gel Pencil ini harus dimiliki oleh setiap wanita kerana ia lebih praktikal apabila hanya datang dengan sebatang pen yang mudah digunakan begitu sahaja.


Pensel mata gel yang kalis air dan berpigmen ini mudah untuk diadun dan lirikan mata anda pasti tampil menyerlah berbanding dengan pensel celak biasa.

Tambahan pula ia nampak kemas dan tidak comot walaupun dalam keadaan cuaca Malaysia yang tropika dan lembap kerana ciri kalis airnya

Teksturnya yang lembut memudahkan garis luncuran pada mata tampil lebih kemas dan ringan.

Anda pasti menyukainya kerana Kate Tokyo NEW Fit Rare Gel Pencil cepat kering dan tidak comot malah ianya tahan lama.

Serlahkan mata anda dengan kesempurnaan jitu dan peluncur ultra mudah Kate Tokyo NEW Fit Rare Gel Pencil sekarang!

Kate Tokyo NEW Fit Rare Gel Pencil kini boleh didapati di semua cawangan Watsons, Sasa & Aeon Wellness di Malaysia.

Anda juga boleh membelinya secara atas talian menerusi Hermo iaitu terus ke https://www.hermo.my/brand/534-katetokyo?ucf=search

Teks oleh: Syafiqah Jalal