Personaliti terkenal Hollywood, Kim Kardashian mengakui tidak menyukai nama yang diberikan kepada anak ketiganya, Chicago West.

Menurut Kim, dia bukanlah meminati nama itu tetapi dia menghormati pilihan nama yang dibuat oleh suaminya, Kanye West.

"Bagi Kim, nama Chicago agak panjang untuknya, jadi dia menggelar anak ketiganya itu dengan panggilan "Chi" kerana ia kedengaran lebih ringkas dan manja.

"Ketika Chicago dilahirkan, Kim benar-benar buntu mencari idea untuk menamakan bayi itu," kata sumber.

Sebelum popular menerusi rancangan realiti Keeping Up With The Kardashian, Kim pernah bekerja sebagai jurugaya untuk selebriti terkenal, Paris Hilton yang juga merupakan teman rapatnya ketika itu.

Teks : Asraf Aided
Sumber : celebrityinsider.org