Akibat bergaduh sesama sendiri, anak-anak pasangan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah diberi hukuman untuk menumbuk dinding.

Sarah berkongsi momen ketika Shuib bertindak tegas menasihati anak-anak mereka yang bergaduh dan video tersebut dimuat naik di laman Instagram milik Sarah.

"Bila buat salah pasti ada hukuman... Pengajaran untuk kita semua..

"Bergaduh adik beradik tak guna... Sama macam tumbuk dinding, lagi kuat tumbuknya lagi sakit sendiri.

"Wallahualam... Moga bermanafaat untuk semua," tulis Sarah di ruangan kapsyen.

Rata-rata peminat memuji tindakan Shuib dan Sarah yang memberikan pengajaran kepada anak-anak mereka.

Bile buat salah pasti ada hukuman .. pengajaran untuk kita semua .. begadoh adik beradik tak guna .. sama macam tumbuk dinding lagi kuat tumbuknya lagi sakit sendiri wallahualam.. moga bermanafaat utk semua ❤️? @officialdekta

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on


Ada juga netizen yang mahu mengikuti cara mereka mengajar anak-anak yang suka bergaduh agar ia dapat memberi pengajaran terhadap mereka.

Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan dikurniakan tiga anak iaitu Uwais Al Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Teks: Kamaruddin Razal