Foto terbaharu pelakon Almy Nadia hamil anak ketiga yang dimuat naik oleh Fizz Fairuz ke akaun Instagramnya mendapat perhatian netizen.

Foto tersebut menunjukkan Almy Nadia bersama anak sulung sedang duduk leka menonton sesuatu di televisyen.

Almy dalam foto tersebut kelihatan sedang sarat hamil apabila menunjukkan baby bump yang semakin membesar.

Ia mendapat perhatian netizen kerana sebelum ini Almy jarang memuat naik fotonya di laman sosial.

Rata-rata terkejut melihat perubahan fizikal Almy, namun ramai yang memahaminya kerana pelakon itu sedang hamil.

“Kak almy pregnant ker.

“Gemuk salah kurus salah ..masalah jiwa betul netizen ni.

“Murah rezeki, even badan berisi datin almy tetap maintain cantik comel. muka dia berseri je. Glowing,” tulis beberapa pengikut IG Fizz.

Namun tidak kurang juga, ada yang sempat meneka jantina bayi ketiganya.

“Mcm gegirl jugak je kak almy pregnant kali ni.. @almynadia86 xpe kak janji akak n baby sihat tauuu.

“Wahhh baby bump.. Tengok perut gaya macam baby girl lagi je ni.. Semoga dipermudahkan.

“Tahniah, semoga ada rezeki timang babyboy pulak lain kali ye,” antara komen yang ditinggalkan.

Hey...tgk apa tu?????? ????? cc @almynadia86

A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on

Pasangan ini bernikah pada tahun 2014 dan dikurnikan dua orang cahaya mata Arianna, 3, dan Aurora, 1.

Foto: IG Fizz Fairuz
Teks oleh: Syafiqah Jalal