Pelakon Ummi Nazeera yang kini sarat hamil akui mengalami masalah uri di bawah atau Plasenta Previa.

Ummi Nazeera berkata dek masalah itu dia tidak boleh melakukan kerja-kerja berat dan perlu banyak berehat.

Ummi berkongsi mengenai perkembangan dirinya itu di akaun Instagram (IG) miliknya.

“Sikit-sikit mengah dan placenta previa tak membenarkan saya untuk buat kerja berat,” tulisnya pada satu entri di IGnya.

Sementara itu Ummi memberitahu dia kini banyak berehat di rumah.

“Banyak luangkan masa di rumah...rehat, rehat, rehat... Alhamdulilah segalanya untuk baby.

“Angkat berat tak boleh, jalan banyak tak boleh, terlebih letih tak boleh,” tulisnya.

Bagaimanapun, baru-baru ini dia telah dimasukan ke hospital kerana masalah yang dialaminya.

Hospitalised again! Salam semua . First of all, Ummi minta maaf sangat pada fans, ummi tak dapat hadir event @shopee_my 2 hari lepas. Ini sbg bukti sebenarnya Ummi dah siap. Dililit tudung mustard Layla @nazeera_hq oleh my hijab stylist @fazreenzawawi Makeup by @saidatulnisaaminuddin Baju pun Ummi suka sangat dari @mimpi_kita Unfortunately , I had to rush to the hospital .. Doctor sudah pesan untuk rest. Rest a lot . The first thing she said when she saw me " Ummi naughty ya?". ? Yea lah tu .. banyak pula keluar .. dah ter biasa kerja kan. Still hospitalised now . Takpelah ! Kita rest lah yaaaa ..? doakan yang baik baik pls ! ? thanks again to my fans for coming and supporting the event @shopee_my office

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on


That happy smile bila doctor discharge you ???Alhamdulillah ! Okay dah insaf.. duduk rumah je kali ni... tak kerja atau keluar dah. ? Hijab square @nazeera_hq

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Rata-rata pengikut IGnya mendoakan agar Ummi segerah sembuh dan proses kehamilannya berjalan dengan mudah dan selamat.

That happy smile bila doctor discharge you ???Alhamdulillah ! Okay dah insaf.. duduk rumah je kali ni... tak kerja atau keluar dah. ? Hijab square @nazeera_hq

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

Foto: IG Ummi Nazeera
Teks oleh: Syafiqah Jalal