Ujarnya, dia juga tidak faham dengan perangai lelaki sedemikian meskipun sudah mempunyai isteri yang cantik.
Apa yang mengelikan hati netizen apabila Che Ta menyamakan lelaki berperangai sebegitu seperti naga yang mahu terkam wanita.
"Orang lelaki ni kami sungguh tak paham , dapat bini punya comel , kulit putih gebu , perangai pun sweet2, pandai caqi duit , tapi pantang laaaaaaa nampak pompuan lain , depa celapak !!!! Teruihhhhh je nak terkammmmm macam nagaaaaa. Gilaaaaaaa," katanya menerusi Instagramnya, @rozitrachewan1, hari ini.
Tambahnya, dia meminta peminat dan netizen di media sosial berkongsi pandangan mengenai perangai lelaki sebegitu.
Salah seorang netizen dikenali sebagai @dhiedeeya menyatakan golongan lelaki seperti mempunyai nafsu kuda dan tidak pernah puas.
" tu jantan yg tak tau nk bersyukur..tamak," kata @izasmt.
Komen seorang lagi netizen lebih menarik apabila menyentuh soal kemesraan antara suami dan isteri yang sudah tiada.
"Depa da lama x main pondok2 dgn bini depa,romantik yg hilang," kata @akmalwira.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @rozitrachewan1