Penyanyi dan juga peserta pertandingan Big Stage musim pertama, Baby Shima berkemungkinan besar akan terus berpindah ke Indonesia sekiranya disingkirkan dari pertandingan tersebut.

Menurut Shima, dia mengakui bakatnya lebih dikenali di Indonesia dan menerima layanan yang baik di industri hiburan di negara itu.

"Seandainya saya tersingkir dari pertandingan Big Stage ini, kemungkinan besar saya akan terus menetap di Indonesia dan bergiat aktif di industri hiburan di sana.

"Saya mengharapkan yang terbaik dari pertandingan ini dan pada masa yang sama, saya berharap agar saya lebih dikenali di Malaysia selepas menyertai pertandingan ini," katanya ketika ditemui di konsert minggu pertama Big Stage malam tadi.

Di konsert pertama, Shima berada di kedudukan tiga terbawah bersama Arif Bahran dan Tajul.

Selain itu, Shima turut berentap bersama Sissy Iman, Syafiq Farhain, Wani Kayrie, Sarah Suhairi, Andi Bernadee, Fara Hezel dan Afieq Shazwan.

Rancangan yang ditaja oleh Vivo dan ditrendkan oleh Tik Tok ini disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria(104) dan Ria HD (123).

Layari laman web www.bigstage.com.my untuk segala informasi mengenai program ini!

Teks : Asraf Aided