Pelakon Kamal Adli mengakui tidak ada sebarang perancangan untuk memilih watak kerana baginya setiap tawaran itu adalah rezeki.

Kata jejaka yang berusia 32 tahun ini, dia harus memastikan bahawa peminat tahu dia masih berada di dalam industri lakonan.

"Kalau masa itu saya tidak ada tawaran berlakon yang lain, saya akan terima. Bagi saya, itu adalah rezeki.

"Saya kena pastikan diri saya sentiasa ada di kaca televisyen ataupun di pawagam bagi mengelakkan netizen bercakap saya tidak laku," katanya kepada Gempak.

Menurut Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, buat masa sekarang, rezeki berlakon tidak pernah putus lagi dan masih berterusan.


Teks: Noor Zulaikha Yusof