Sejak kebelakangan ini, tular pelbagai spekulasi yang dibuat netizen terhadap pelakon Ruhainies bersama pemain bola sepak pasukan Johor Darul Takzim, Safawi Rasid.

Terbaru, menerusi akaun twitter miliknya, Ruhainies telah membuat beberapa kenyataan yang menegaskan bahawa hubungannya bersama Safawi hanyalah sekadar kawan dan pada masa yang sama, dia menyeru netizen agar tidak sewenang-wenangnya membuat spekulasi terhadap mereka berdua.

"Sudahlah membuat spekulasi, janganlah disebabkan perkara sebegini akan merosakkan persahabatan kami, jangan buat mereka (Safawi dan teman wanitanya) tertekan, berilah ruang terhadap mereka.

"Biarlah dia (Safawi) nak bercinta dengan sesiapa pun, dia pun ada perasaan, berilah peluang kepadanya, jangan marah-marah," tulisnya.



Sebelum ini, ada khabar yang mendakwa Ruhainies sedang menjalinkan hubungan dengan Safawi.

Safawi juga didakwa menghantar kuntuman bunga Ros kepada pelakon drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu itu.

Menafikan yang mereka sedang bercinta, Ruhainies menjelaskan hubungan yang terjalin antara dirinya dan Safawi hanyalah sekadar kawan sahaja.


Teks : Asraf Aided
Sumber : Twitter Ruhainies