Setelah lebih 10 tahun membawa haluan masing-masing, akhirnya kumpulan R&B dan soul kegemaran ramai, Ruffedge muncul dengan Konsert Ulang Tahun Ke-20 Ruffedge yang berlangsung di KL Live, malam tadi.
Dianggotai oleh Sein, 35, Cat Farish, 44, Azan Addin, 44, Mode, 43, Amer, 40 dan Zain Hamid, 40, raya-rata peminat berpuas hati serta menyatakan rasa rindu terhadap Ruffedge.
Penantian mereka untuk menyaksikan persembahan dari kumpulan ini terubat pada malam tadi!
Gempak kongsikan 10 perkara menarik tentang konsert tersebut:
1. Penjualan tiket yang laris! Sebanyak 1,400 ticket belian awal atau 'early bird' telah habis dijual dalam masa dua jam selepas dilancarkan.
2. 140 tiket untuk sesi 'meet and greet' telah habis dijual dalam masa tiga minit sahaja.
3. Sabar menanti... Seramai 3,000 orang penonton telah tiba di KL Live kira-kira satu jam sebelum konsert dimulakan.
4. Detik penghargaan didahulukan... Sebuah video ucapan terima kasih dari semua anggota Ruffedge terhadap semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan kepada mereka dimainkan sebagai tanda penghargaan.
5. Da Bomb! Detik yang dinanti-nantikan, lagu Da Bomb dinyanyikan sebagai persembahan pembukaan yang menghangatkan suasana, semua penonton tehibur dan mula menari.
6. Gimik menjadi... Penonton hampir terpedaya dengan gimik yang mengatakan Amer tidak menyertai konsert ini kerana sudah pulang ke Oman. Namun, kemunculan Amer menyanyikan lagu Kasih & Percaya bersama anggota yang lain menggamatkan suasana konsert!
7. Lagu baru diperkenalkan! Bukan sahaja menyanyikan lagu-lagu lama mereka, Ruffedge turut mempersembahkan single terbaru yang bertajuk Seperti Mereka.
8. Detik istimewa buat peminat! Cat Farish melontar topi dan jacketnya ke arah peminat, semuanya berebut!
9. Nine Phyne Ballerz, Jaclyn Victor dan Pot Innuendo turut diundang sebagai artis jemputan untuk konsert ini
10. Turut menjadi perhatian.. Datuk Acis memainkan peranan sebagai pengarah muzik sepanjang berlangsungnya konsert tersebut dan namanya turut disorak oleh peminat.
Antara rakan artis yang turut hadir memberikan sokongan adalah Fazura, Fattah Amin, Caprice, Marsha Milan, Jihan Muse, Lisa Surihani, Aqasha, Liyana Jasmay dan Misha Omar.
Ruffedge bakal membuat konsert seterusnya di Singapura pada 6 0ktober ini, tiket akan mula dijual pada 6 Ogos secara online di myticket.asia.com.
Teks : Asraf Aided
Amri Hassan
Sun Aug 05 2018
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya