Penyanyi Sufian Suhaimi mengakui tidak faham masih ada segelintir pihak yang sering mengajukan soalan soalan tentang kisah putus tunangnya dengan pelakon, Elfira Loy.

Menurut Sufian, dia menggangap perkara itu sudah selesai dan kini telah membuka buku baharu serta meneruskan hidup seperti biasa.

"Saya tidak faham kenapa ada pihak yang akan terus ajukan soalan tentang kisah putus tunang.

"Sedangkan saya sendiri sudah move on dan mempunyai banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian.

"Jujurnya, perkara itu sudah selesai dengan pihak perempuan, namun apabila ada segelintir pihak yang masih bercakap mengenainya, ia nampak seolah-olah saya masih berada di situ sedangkan semuanya sudah selesai.

"Apa yang saya boleh katakan ialah saya kini sibuk dengan kerjaya selain banyak meluangkan masa bersama keluarga," katanya kepada Astro Gempak.

Sufian berkata demikian ketika ditemui pada majlis pengumuman barisan pencalon Anugerah Planet Muzik (APM) 2018, di Royale Chulan The Curve, Damansara, baru-baru ini.

Acara yang menggabungkan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia ini akan bersiaran secara langsung dari MES Theatre di Mediacorp, Singapura.

APM 2018 berlangsung di Singapura pada 28 September ini dan boleh disaksikan menerusi saluran Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Ria HD (Saluran 123) pada pukul 9 malam.

Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi