Minggu lalu kecoh tular beberapa keping foto yang dipercayai milik pelakon kacak berbadan sasa Zul Ariffin bersama seorang gadis warganegara asing di Phuket, Thailand.

Keadaan menjadi lebih mencurigakan apabila foto-foto yang telah dimuat naik oleh Zul dan gadis Ukraine bernama Tanya Glembotska itu kebetulan berada di lokasi sama pada tempoh masa sama.

Zul bagaimana sudah tampil memberi penjelasan mengenai gambar tersebut.

[BACA: Tutup Spekulasi! Zul Ariffin Jawab Siapa Gerangan Gadis Ukraine Melancong Bersama Ke Phuket]

Meskipun penjelasan itu sudah dibuat, namun semalam bekas kekasihnya Zahirah Macwilson tampil dengan kenyataan yang seolah-olah ditujukan kepada Zul.

Menerusi Instagram (IG) Story Zahirah, seperti memerli Zul namun tidak menyebut mana-mana nama.

Antaranya dia mengatakan individu itu suka memutarbelit dan berlagak jadi mangsa dan menabur cinta di sana-sini.

Zahirah juga mengatakan pengikutnya boleh mengagak individu yang dimaksudkannya.



Zul yang bakal muncul dalam filem Hantu Kak Limah itu bagaimanapun difahamkan turut terasa dengan kenyataan Zahirah dan telah memuat naik IG Story seolah-olah memerli kembali bekas kekasihnya.

Namun IG Story tersebut telah dipadamkannya dan tidak wujud lagi di akaun laman social tersebut.

Hantu Kak Limah merupakan francais terbaharu filem arahan Mamat Khalid yang menampilan Zul sebagai watak seorang bomoh bernama Solihin.

Selain Zul, Hantu Kak Limah dibintangi Dalimawati, Datuk Awie, Uqasha Senrose, Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.

Hantu Kak Limah bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 Ogos nanti.

Foto: IG Zahirah Macwilson