Toyota Gazoo Racing Festival kembali untuk musim kedua pada 3 dan 4 Ogos ini bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Pastinya kemeriahan acara perlumbaan dalam kalangan selebriti terkenal tanah air demi merebut gelaran juara Toyota Gazoo Racing akan menjadi perhatian.

Namun, pengunjung yang bertuah juga tidak ketinggalan bakal menerima hadiah menarik seperti telefon pintar Oppo F7, iPhone X dan iPad!

Selain cabutan bertuah, ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh disertai oleh pengunjung Toyota Gazoo Racing Festival nanti.

Antaranya pameran kereta, sesi beramah mesra bersama selebriti popular, pit stop Astro Best Drama dan banyak lagi.

Toyota Gazoo Racing musim pertama berlangsung pada awal tahun ini merentasi beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia seperti Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur.

Malah, perlumbaan Vios Challenge telah menyaksikan lebih 30 buah kereta lumba model sporty dan dinamik Vios membuktikan kemampuan beraksi di litar lumba.

Edisi kedua Toyota Gazoo Racing bakal menyaksikan barisan selebriti popular berlumba seperti Janna Nick, Wany Hasrita, Nabila Razali, Nabil Ahmad, Aiman Tino, Shukri Yahaya bersama pelumba profesional membuktikan skil masing-masing.



Toyota Gazoo Racing bakal berlangsung pada hujung minggu ini, 3 dan 4 Ogos di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengganu.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi pelbagai hadiah hebat dan tawaran menarik!