Selepas mengambil seorang anak angkat lelaki, bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi kini menerima kehadiran seorang bayi perempuan bernama Maisara Dayana Fathia.

Abby menyampaikan khabar ini menerusi salah sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Repost @daiyandayana_ ❤️ . Assalamualaikum. Selamat Pagi. Kita ada berita gembira nk share pagi ni. Kita dah ada baby "kembar tak seiras" & "kembar tak sebulan" hehe? Alhamdullillah. ALLAH izinkan Sy & Suami jadi Mama Abah pada baby2 ni. Doakan yg terbaik ye. Kami akan usahakan yg terbaik Lillahi Taala. Tak perlu rajin sangat judge, itu tak kena, ini tak betul. Sy tengah dalam pantang ni, behave ok hihi ? . Jemputlah follow IG Daiyan Dayana ye. Mamanya tengah rajin nk share mcm2 hehe.. Kalau nk bagi hadiah tanda kasih sayang, Mama alu2kan. Rezeki utk anak2 ni.. Tp kalau tak ter review atau terlambat, jangan marah.. ikhlas bagi tau hehe ?

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on


Sebelum ini, Abby dan suaminya, Muhammad Faizal mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Daiyan Fayyadh.

Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mempunyai tiga iaitu Mohamed Danish Hakim, 15, Marissa Dania Hakim, 13, dan Maria Danisha Hakim, 10.

Selepas bercerai dengan Abby, Norman berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza dan mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 5, Muhammad Dikhriz Hakim, 3 dan Mikayla Delisha Hakim yang baru sahaja dilahirkan.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Abby