Toyota Gazoo Racing Malaysia musim kedua bakal menjanjikan barisan selebriti popular yang lebih ramai berbanding tahun sebelum ini.

Antaranya Diana Danielle, Khai Bahar, Nabila Razali, Wany Hasrita, Aiman Tino bersama pelumba professional.

Selain itu, Janna Nick, Shukri Yahaya, Nabil Ahmad, Akim Ahmad, Shawn Lee bersama pelumba professional turut sama meraikan festival berkenaan pada hujung minggu ini.

Bertemakan Pushing the Limits, Toyota Gazoo Racing Malaysia musim kedua kali ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Vios challenge dan banyak lagi.

Pengunjung juga akan dapat menyaksikan perlumbaan kereta diantara artis popular terbabit dalam merebut kejuaraan dalam Toyota Gazoo Racing.

Jangan lepaskan peluang anda untuk beramah mesra dengan artis kesayangan anda serta memeriahkan acara Toyota Gazoo Racing.

Toyota Gazoo Racing Malaysia akan berlangsung pada 3 dan 4 Ogos nanti bermula pukul 9 hingga 6 petang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Untuk pelbagai info mengenai Toyota Gazoo Racing, layari Toyota Gazoo Racing Malaysia untuk maklumat lanjut.

Jumpa di sana!