Pengarah Micheal Ang mengingatkan selebriti yang memakai pakaian jenama tiruan supaya tidak akan marah jika produk atau hasil kerja mereka diciplak.

Michael Ang menerusi akaun Instagram (IG) miliknya memberitahu kerana tidak mustahil ia akan menjadi karma.

"Kepada artis atau Instafamous, suka hati kau orang la nak pakai original atau fake! Kalau yang memilih (barangan) fake tu jangan pulak bila hasil kerja atau barangan kau orang diciplak kau orang melenting dan minta belas kasihan!

"Sebab what goes around comes around (apa yang kita buat akan berbalik pada kita kembal)! So chill sudah!" tulisnya lagi.

Sebelum ini, sebuah akaun IG telah mendedahkan selebriti dan instafamous yang menggayakan serta mempromosikan barangan tiruan tanpa rasa bersalah.

Pun begitu, Michael berkata ia hanya memberikan pendapatnya sahaja dan harap tidak menyinggung hati mana-mana pihak.

"Pendapat saya sahaja. Bukan back up (menyokong) or kutuk sesiapa. Jadi tak payah terasa. Sayang anda semua," tulisnya lagi.

Pendapat I aje! Bukan back up or kutuk siapa siapa! So tak payah terasa! Luv u all! P/s kalau artist pakai fake pun org Ingat ori! Hehehehehe

A post shared by Michael Ang (@michaelang38) on

Foto: IG Michael Ang
Teks oleh: Syafiqah Jalal