Industri hiburan negara dihangatkan dengan wujudnya sebuah akaun Instagram yang membongkar beberapa artis dan selebriti media sosial yang menggunakan barang berjenama tiruan.

Bertemu dengan pelakon dan pengacara Neelofa, wanita itu tidak bersetuju dengan cara pemilik akaun Instagram tersebut yang dianggapnya sebagai agak kasar.

"Saya tak menyokong penggunaan barangan tiruan tetapi saya juga tidak menyokong cara pemilik akaun tersebut membongkarkan mereka yang menggunakan barangan tiruan dengan cara yang tidak sepatutnya, ia agak memalukan.

"Bagi saya, sudah tiba masanya untuk semua pihak membuka mata dan memberi perhatian terhadap isu ini. Perkara yang melibatkan hak cipta merupakan satu isu yang sangat serius.

"Saya juga mempunyai bisnes hijab dan sering berdepan dengan isu sebegini. Jadi, kita kena mendidik pengguna agar membuka mata dan tidak memandang isu ini sebagai sesuatu yang remeh," katanya.

Mengimbas kembali pengalaman sendiri, Neelofa tidak pernah mengajar dirinya untuk menggunakan barangan tiruan.

"Saya sentiasa terapkan dalam diri, jika teringin untuk memiliki sesuatu barang berjenama itu, motivasikan diri untuk bekerja keras dan mengumpul duit agar dapat memilikinya.

"Dahulu, kalau saya tak mampu, saya tak akan membelinya. Jika saya benar-benar teringin, saya kumpul duit dan meletakkan sasaran. Saya kena bekerja kuat dan jadikan barangan itu sebagai inspirasi.

"Tiada istilah kena beli barangan Gred A atau Gred B kerana ia tetap tiruan. Saya tak mahu gunakan alasan tak mampu untuk membeli barangan yang tidak sepatutnya," katanya lagi.

Neelofa ditemui di acara khidmat masyarakat My Cup of Kindness bersama Starbucks di Starbucks Four Season, Jalan Ampang, semalam.

Hey everyone, i will be partnering with Starbucks on the “MY Cups of Kindness” campaign. You can be part of this special project by visiting any Starbucks store on 1 August and ordering my new favorites, the Apricot and Peach Yoghurt Frappuccino or the Ruby Grape Frappuccino. With the purchase of either of these beverages, 50 cent will be donated to a charity that is close to Neelofa’s heart.

A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on


Menerusi acara tersebut, RM0.50 dari setiap cawan pembelian minuman 'summer beverages' berperisa 'apricot peach' dan 'ruby grape' akan didermakan kepada badan kebajikan pilihan Neelofa.

"Kempen ini berlangsung sehari sahaja dan Alhamdulillah, setakat ini sambutan memberangsangkan. Insya-Allah, saya ada banyak perancangan bersama Starbucks dan saya akan umumkannya nanti," katanya lagi.

Teks: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Neelofa