Ramai peminat teruja menantikan filem terbaru, Hantu Kak Limah di pawagam termasuk pengarah filem terkenal, Aziz M Osman menyifatkan menonton filem arahan Mamat Khalid itu seperti mendengar lagu Saloma menjelang Aidilfitri.

Ujarnya, dia ketawa sepanjang menyaksikan filem tersebut yang dinilai bukan saja kelakar tapi elemen Melayu yang cukup kuat.

"Saya ketawa sepanjang filem #hantukaklimah bukan setakat kelakarnya, tapi sebab ‘Melayu’nya. Perasaan yang sama saya tengok Pendekar Bujang Lapok. Inilah filem Melayu!," katanya menerusi status di Twitter, @AzizMOsman.
Perasaan sama dikongsi penyanyi terkenal, Mawi yang turut hadir menonton filem ini ketika majlis tayangan perdana filem tersebut semalam menyatakan dia tidak menyangka sekuel kali ini lebih kelakar daripada filem sebelumnya.

"Filem komedi Melayu yang aku rasa paling kelakar adalah filem Senario Lagi. Lepas tu aku tunggu filem komedi apa yang boleh buat aku ketawa sampai ke hari ini.

"Akhirnya...filem Hantu Kak Limah berjaya buat aku ketawa woiii.... Serious kelakar!!! Nampak bersahaja. Tahniah bang @khalidmamat & semua yang terlibat," katanya menerusi Instagram, @cahayaasmawi.

Filem komedi melayu yang aku pernah tengok dan aku rasa paling kelakar adalah filem SENARIO LAGI arahan @azizmosman ??? Lepas tu aku tunggu sampai ke hari ini filem komedi apa yang boleh buat aku ketawa. Akhirnya...filem HANTU KAK LIMAH berjaya buat aku ketawa woiii .... Serious kelakar !!! Nampak bersahaja. Tahniah bang @khalidmamat & semua yang terlibat ??? Terima kasih @astroshaw sudi jemput ??? . . . #MalamGala #HantuKakLimah #HKL

A post shared by MAWI @ZAYAN.MY (@cahayaasmawi) on


Penyampai radio Zayan ini mengakui dia pada mulanya dijemput hadir ke majlis itu tidak berhasrat untuk menonton keseluruhan cerita tersebut tetapi sebaik menontonnya, dia teruja untuk menyaksikannya sehingga habis.

"Ingatkan nak tengok setengah jam tapi bila dah tengok, memang rasa kelakar sehingga nak tengok sampai habis," katanya kepada Astro Gempak.

Filem sekuel kali ini masih menampilkan pelakon utama, Delimawati dibantu Datuk Awie, Erra Fazira, Zul Ariffin dan Ropi Cecupak akan ditayangkan pada 9 Ogos ini.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @khalidmamat