Pelakon Ashraf Muslim mahu melakonkan watak orang kurang upaya dalam sesebuah drama atau filem.

Menurut Ashraf Muslim, 37, dia mahu membawakan watak sebagai orang cacat kerana selama dia berada dalam bidang lakonan, belum pernah dia mendapat tawaran untuk menjayakan watak tersebut.

"Saya teringin sangat nak bawa watak sebagai orang cacat seperti mempunyai masalah pendengar atau buta dan autisme sebab tak pernah lagi dapat watak sebegitu.

"Lagi mencabar sebab perlu menjiwai dari segi perbuatan," kata Ashraf kepada Gempak.

Kata Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim, buat masa sekarang, dia hanya menerima tawaran yang memerlukan dia memegang watak sama yang pernah dilakonkannya sebelum ini.


Teks: Noor Zulaikha Yusof